AGP Picks
View all

Fortrea Akan Mengambil Alih Unit Farmakologi Klinikal dan Operasi Makmal Bioanalisis daripada Worldwide Clinical Trials

Langkah ini menambah keupayaan bioanalisis khusus serta memperluas kapasiti dalam rangkaian pembangunan klinikal awal Fortrea, selaras dengan strategi Worldwide untuk meningkatkan skala pembangunan klinikal, memperkukuh kepimpinan terapeutik dan menembusi pasaran pertumbuhan tinggi

Sorotan

  • Fortrea menandatangani perjanjian muktamad bagi mengambil alih bahagian Early Phase Services (Perkhidmatan Fasa Awal) Worldwide Clinical Trials
  • Pengambilalihan ini merangkumi makmal bioanalisis GLP berkeluasan 60,000 kaki persegi di Austin; unit farmakologi klinikal berkapasiti 200 katil yang mematuhi GCP di San Antonio; serta kemudahan penyimpanan biospesimen di Pflugerville, Texas
  • Langkah ini membolehkan pelaksanaan bersepadu kajian fasa awal dengan keupayaan bioanalisis molekul besar dan kecil, sekali gus meningkatkan keupayaan Fortrea untuk menyediakan penyelesaian pembangunan klinikal awal yang lebih pantas dan menyeluruh bagi kajian klinikal yang mudah mahupun kompleks
  • Pengambilalihan ini turut mengukuhkan platform pembangunan klinikal hujung ke hujung Fortrea, yang menyokong pelanggan daripada kajian first-in-human (pertama dalam manusia) sehingga ke Fasa IV dan penjanaan bukti pasca kelulusan
  • Selain itu, ia menyokong strategi pertumbuhan Fortrea melalui peluasan keupayaan saintifik, peningkatan kapasiti pembangunan klinikal awal serta keupayaan yang lebih kukuh untuk mencipta nilai jangka panjang bagi para pemegang saham
  • Bagi Worldwide Clinical Trials, langkah ini menyokong pertumbuhan pesat global sedia ada dalam bidang onkologi, neurosains, perubatan dalaman dan penyakit jarang berlaku
  • Sepanjang tempoh peralihan, kesinambungan operasi, penghantaran kajian dan sokongan pelanggan akan dipastikan melalui perjanjian pakatan strategik antara kedua-dua syarikat

DURHAM, North Carolina dan RESEARCH TRIANGLE PARK, North Carolina, Sept. 03, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Fortrea (Nasdaq: FTRE) dan Worldwide Clinical Trials (“Worldwide”), organisasi penyelidikan kontrak (CRO) global terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian muktamad di mana Fortrea akan mengambil alih bahagian Early Phase Services (“Early Phase”) milik Worldwide, yang terdiri daripada Unit Farmakologi Klinikal (CPU) dan operasi Makmal Bioanalisis. Pengambilalihan ini seterusnya memperkukuh kedudukan Fortrea sebagai rakan pembangunan klinikal global terkemuka, dengan menguatkan bahagian hadapan platform pembangunan yang menyokong pelanggan merentasi Fasa I–IV. Worldwide akan terus menyokong kajian Fasa I semasa dan akan datang melalui keupayaan pembangunan klinikal yang lebih luas.

Perniagaan Early Phase ini menyediakan pembangunan klinikal fasa awal yang bersepadu dan perkhidmatan bioanalisis yang menyokong calon ubat daripada pembangunan awal sehingga ke kajian klinikal peringkat lanjut. Ia merangkumi makmal bioanalisis yang mematuhi Amalan Makmal Baik (GLP) di Austin, Texas; unit farmakologi klinikal berkapasiti 200 katil yang mematuhi Amalan Klinikal Baik (GCP) di San Antonio, Texas; serta kemudahan penyimpanan biospesimen di Pflugerville, Texas—yang membolehkan pelaksanaan terselaras bagi kajian fasa awal yang kompleks melalui perkhidmatan pelaksanaan operasi, mengurangkan penyerahan tugas operasi antara fungsi klinikal dengan fungsi bioanalisis dan menyediakan laluan yang lebih lancar kepada pelanggan daripada kajian pertama pada manusia hingga kajian bukti konsep.

Pengambilalihan ini melengkapi perniagaan Perkhidmatan Farmakologi Klinikal Fortrea dan keupayaan fasa awal sedia ada dengan menambah keupayaan bioanalisis molekul besar dan kecil secara dalaman serta memperluas jejak unit penyelidikan klinikalnya di Amerika Utara. Penambahan keupayaan bioanalisis khusus ini akan membolehkan Fortrea mempercepatkan masa pemulangan keputusan serta menyediakan penyelesaian pembangunan klinikal bersepadu, sama ada mudah mahupun kompleks. Platform gabungan ini akan menawarkan fleksibiliti yang lebih besar kepada pelanggan untuk kajian kompleks yang melibatkan peserta dalam jumlah yang besar, akses yang lebih luas kepada populasi sukarelawan yang berbeza, serta kapasiti katil yang diperluas merentasi rangkaian pembangunan awal Fortrea.

Perjanjian ini membolehkan Worldwide terus menyediakan keupayaan teras kajian sukarelawan sihat di seluruh dunia melalui rangkaian pusat luarannya, sekali gus memastikan penaja mendapat akses kepada kepakaran dan perkhidmatan yang diperlukan dalam semua fasa pembangunan, di samping mempercepat pelaburan dalam kepakaran terapeutik, teknologi, peluasan geografi serta inisiatif pertumbuhan jangka panjang bagi perniagaan fasa lanjutannya yang berkembang pesat. 

Secara bersama, transaksi ini meletakkan kedua-dua organisasi dalam kedudukan untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing sambil terus menyokong penaja sepanjang kitaran hayat pembangunan ubat.

“Fortrea sedang membuat pelaburan penting dalam pembangunan klinikal awal sebagai sebahagian daripada platform pembangunan klinikal hujung ke hujung kami yang menyokong pelanggan daripada kajian first-in-human sehingga ke Fasa IV dan penjanaan bukti pasca kelulusan. Kami percaya pengambilalihan ini mengukuhkan keupayaan kami untuk mencipta nilai jangka panjang bagi pemegang saham sambil memperluas keupayaan dan kapasiti yang kami sediakan kepada pelanggan, sukarelawan dan pesakit yang akhirnya kami berkhidmat,” kata Anshul Thakral, Ketua Pegawai Eksekutif Fortrea. “Dengan menggabungkan penawaran bioanalisis dan penyelidikan klinikal yang saling melengkapi, kami akan membolehkan pengalaman pembangunan yang lebih lancar untuk pelanggan, memperluas keupayaan saintifik dan operasi kami serta menyokong kajian yang lebih besar, kompleks dan canggih dari segi saintifik merentasi pelbagai keperluan terapeutik. Keupayaan ini bukan sahaja mengukuhkan penawaran pembangunan awal bersepadu kami, malah turut meningkatkan kebolehan kami untuk menyediakan pengalaman pembangunan yang lebih berhubung bagi membantu penaja memajukan aset mereka daripada pembangunan awal sehingga kajian penting ke arah penjanaan bukti pasca kelulusan, sekali gus membawa rawatan yang mengubah kehidupan kepada pesakit dengan lebih pantas.”

“Worldwide telah membina perniagaan Early Phase yang diiktiraf, disokong oleh pasukan yang kukuh serta reputasi bagi kecemerlangan saintifik dan operasi,” kata Alistair Macdonald, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide. “Transaksi ini membolehkan kami menumpukan pelaburan dan sokongan kepada perniagaan fasa lewat yang sedang berkembang pesat merentasi bidang terapeutik onkologi, neurosains, perubatan dalaman dan penyakit jarang. Kami amat menghargai segala pencapaian yang telah diraih oleh organisasi Early Phase dan yakin bahawa langkah ini membuka peluang baharu untuk para pekerja kami, di samping meningkatkan keupayaan kami untuk melabur dalam strategi pertumbuhan jangka panjang—seterusnya memastikan kami terus menyampaikan nilai luar biasa kepada pelanggan dan pesakit di seluruh dunia.”

Fortrea dan Worldwide berhasrat untuk memeterai beberapa perjanjian bagi menyokong kesinambungan untuk pelanggan, pekerja dan program yang sedang berjalan. Perjanjian ini bertujuan mengekalkan momentum projek, memelihara keupayaan khusus serta menyediakan pengalaman pelanggan yang lancar semasa dan selepas proses peralihan.

Selaras dengan perjanjian muktamad, Fortrea akan mengambil alih perniagaan Early Phase Services daripada Worldwide melalui transaksi tunai penuh bernilai kira-kira AS$45 juta. Transaksi ini dijangka selesai selepas mendapat kelulusan keperluan kawal selia dan lesen yang diperlukan, serta selepas kedua-dua pihak memeterai beberapa perjanjian perkhidmatan tertentu. Sebaik sahaja transaksi selesai, Early Phase Services akan menjadi sebahagian daripada unit perniagaan Perkhidmatan Farmakologi Klinikal Fortrea. Kedua-dua syarikat kekal komited untuk menyediakan peralihan yang lancar bagi pekerja, pelanggan dan sukarelawan.

Penasihat
Barclays bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Fortrea, manakala Mintz, Levin, Cohn, Ferris, Glovsky dan Popeo, P.C. bertindak sebagai peguam korporatnya. BroadOak Partners bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Worldwide, manakala Greenberg Traurig, LLP bertindak sebagai peguam korporatnya.

Perihal Fortrea
Fortrea (Nasdaq: FTRE) ialah penyedia global terkemuka bagi penyelesaian pembangunan klinikal untuk industri sains hayat. Kami bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan dan diagnostik yang baharu muncul dan besar untuk memacu inovasi penjagaan kesihatan yang mempercepatkan penyampaian terapi yang mengubah kehidupan kepada pesakit. Fortrea menyediakan pengurusan percubaan klinikal fasa I-IV, farmakologi klinikal dan perkhidmatan perundingan. Penyelesaian Fortrea menggunakan pengalaman selama tiga dekad yang merangkumi lebih daripada 20 bidang terapeutik, semangat dalam ketelitian saintifik, cerapan yang ulung dan rangkaian tapak penyelidik yang kukuh. Pasukan kami yang berbakat dan pelbagai yang bekerja di lebih 100 buah negara diskalakan untuk menyampaikan penyelesaian berfokus dan tangkas kepada pelanggan di seluruh dunia. Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Fortrea memperkemas pembangunan ubat di Fortrea.com dan ikuti kami di LinkedInX serta Bluesky.

Perihal Worldwide Clinical Trials
Worldwide Clinical Trials (Worldwide) ialah sebuah CRO global yang berkhidmat kepada syarikat biofarmaseutikal berorientasikan pembangunan, dengan lebih daripada 4,500 profesional sepenuh masa yang beroperasi di lebih 70 negara. Syarikat ini menyampaikan kepakaran khusus dalam bidang neurosains, onkologi, penyakit jarang berlaku dan perubatan dalaman, dengan sokongan menyeluruh merentasi setiap fasa pembangunan—daripada peringkat awal dan kajian first‑in‑human sehingga ke percubaan pendaftaran Fasa III.

Model perkhidmatan fleksibel syarikat ini—merangkumi pengurusan percubaan perkhidmatan penuh hingga perkongsian perkhidmatan fungsian melalui Worldwide Flex—disokong oleh pendekatan penyumberan luar yang mengutamakan insan dan berteraskan perkongsian, sekali gus memperkukuh kerjasama, meningkatkan ketelusan data serta menyokong pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat. Hal ini menyediakan penaja dengan penyelesaian yang disesuaikan dan fleksibel, yang seiring dengan tuntutan penyelidikan klinikal yang sentiasa berkembang. Ketahui lebih lanjut di www.worldwide.com.

Kenyataan Berhati‑hati Mengenai Kenyataan Berpandangan Ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan berpandangan ke hadapan” dalam maksud undang‑undang sekuriti persekutuan, termasuk Seksyen 27A Akta Sekuriti dan Seksyen 21E Akta Pertukaran. Pada asasnya, kenyataan berpandangan ke hadapan membincangkan perkara yang pada pelbagai tahap adalah tidak pasti, seperti kenyataan mengenai manfaat yang dijangka daripada transaksi ini, termasuk prestasi kewangan dan operasi masa hadapan, serta jangkaan masa untuk menyempurnakan transaksi tersebut. Dalam konteks ini, kenyataan berpandangan ke hadapan lazimnya merujuk kepada jangkaan prestasi perniagaan dan kewangan masa depan serta keadaan kewangan, dan sering mengandungi perkataan seperti ‘panduan,’ ‘jangkakan,’ ‘andaian,’ ‘menjangka,’ ‘hasrat,’ ‘rancang,’ ‘ramalan,’ ‘percaya,’ ‘mencari,’ ‘melihat,’ ‘akan,’ ‘boleh,’ ‘sasaran,’ serta ungkapan serupa termasuk variasi atau bentuk negatif perkataan ini yang bertujuan mengenal pasti kenyataan berpandangan ke hadapan, walaupun tidak semua kenyataan berpandangan ke hadapan mengandungi perkataan pengenalan ini. Keputusan sebenar mungkin berbeza secara ketara daripada kenyataan berpandangan ke hadapan ini disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk tetapi tidak terhad kepada: pemenuhan syarat terdahulu bagi penyempurnaan cadangan pemerolehan Early Phase Services daripada Worldwide Clinical Trials, termasuk keupayaan untuk mendapatkan kelulusan kawal selia, serta keupayaan Syarikat untuk menyempurnakan transaksi tepat pada masanya atau sama sekali; kemungkinan bahawa kos penyempurnaan transaksi mungkin lebih tinggi daripada yang dijangka, termasuk akibat faktor atau peristiwa yang tidak dijangka; keupayaan pihak yang terlibat untuk memenuhi jangkaan berhubung dengan layanan perakaunan dan cukai bagi transaksi yang dicadangkan; dan faktor-faktor lain yang dihuraikan dari semasa ke semasa dalam dokumen yang difailkan oleh Syarikat kepada SEC. Untuk perbincangan lanjut mengenai risiko yang berkaitan dengan perniagaan Syarikat, sila rujuk Seksyen “Risk Factors” dalam Kenyataan Pendaftaran Syarikat pada Borang 10, sebagaimana difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), yang mungkin dipinda atau dikemas kini dari semasa ke semasa melalui pemfailan berkala dan pemfailan lain Syarikat yang berikutnya kepada SEC dan boleh diakses melalu laman web SEC di www.sec.gov. Faktor ini tidak boleh ditafsirkan sebagai menyeluruh dan harus dibaca bersama dengan pernyataan peringatan lain yang disertakan atau digabungkan dengan rujukan dalam laporan ini dan dalam pemfailan Syarikat dengan SEC. Semua pernyataan prospektif hanya dibuat pada tarikh laporan ini dan Syarikat tidak memikul sebarang kewajipan, selain daripada yang mungkin dikehendaki oleh undang-undang, untuk mengemas kini atau menyemak sebarang pernyataan prospektif untuk menggambarkan peristiwa atau perkembangan masa depan. 

Maklumat Perhubungan Fortrea:
Galen Wilson (Media) – 703-298-0802, media@fortrea.com
Kate Dillon (Media) – 646-818-9115, kdillon@prosek.com
Tracy Krumme (Pelabur) – 984-385-6707, Tracy.Krumme@fortrea.com

Maklumat Perhubungan Worldwide Clinical Trials:
Jill Shahravar – 919-389-9253, jill.shahravar@worldwide.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Louisiana Health Daily

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.